Pengumuman


Sebarang komen dan cadangan boleh disalurkan ke admin melalui gpm.skbt@gmail.com


widgets

Tuesday, June 1, 2010

Matlamat Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif, berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Sekolah, dan Visi serta Misi Pusat Sumber SK Bukit Tembakau serta selari dengan pemupukan profesionalisme tenaga pengajar yang benar-benar memahami dasar kewujudan, pengoperasian, serta peranan Pusat Sumber sebagai minda sesebuah sekolah.

Monday, May 31, 2010

Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SK Bukit Tembakau

Pertama sekali, kami warga SK Bukit Tembakau amat berbangga dengan kewujudan Blog Pusat Sumber SK Bukit Tembakau. Diharapkan dengan kewujudan blog ini, memberi info berguna kepada warga sekolah dan komuniti setempat.